NURAINI BINTI SHAMSAIMON Politeknik METrO Tasek Gelugor
Platform Edumax sedia ada menyediakan sistem pembelajaran digital yang tersusun dan mudah diakses, membantu pelajar memahami konsep akademik dengan lebih berkesan. Walaupun begitu, pengalaman pembelajaran masih bersifat pasif dan kurang interaktif, terutamanya dalam bidang teknikal seperti digital forensik yang memerlukan visualisasi dan pemahaman praktikal. Projek AR@artifact dibangunkan sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dan diperkenalkan sebagai pelengkap kepada Edumax, membolehkan pelajar mengimbas serta berinteraksi dengan model 3D peralatan dan persekitaran makmal secara masa nyata. Selain itu, platform Edumax turut menyediakan eduGame yang membolehkan pelajar belajar sambil bermain. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih interaktif, berpusatkan pelajar, dan berasaskan pengalaman, sekali gus meningkatkan penglibatan, pemahaman, dan keyakinan pelajar sebelum menghadapi situasi sebenar di makmal. Projek ini direka khusus untuk pelajar DFS50383 Digital Forensic di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik METrO Tasek Gelugor.