KVO571: AIR COOL CHAIR

ABDUL FATTAH BIN ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0444 | 2 Likes | 45 Views | 66 times | LS: 68.1
Like it? | Support them now!

Pereka menggunakan pelbagai bahan untuk menggabungkan menjadi sebuah kerusi seperti besi, plastik dan juga kayu. Reka bentuk sesebuah kerusi untuk kegunaan orang ramai akan ditambahkan dengan sistem penyaman udara pada kerusi tersebut. Secara amnya, kebanyakkan tempat atau kawasan terbuka seperti ruang yang besar di tempat kerja suhunya agak tinggi boleh menyebabkan pengguna menjadi kurang keselesaan dan tidak dapat memberi fokus sepanjang berada di tempat itu. Produk Air Cool Chair dibangunkan bertujuan untuk keperluan pengguna terhadap reka bentuk kerusi ini di tempat kerja dengan menggunakan sistem penyaman udara mudah alih. Ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah terhadap reka bentuk kerusi tanpa penyaman udara. Reka bentuk sedia ada tidak memberi sepenuh keselesaan kepada pengguna kerana kualiti rekaan yang digunakan dalam pembuatan sesebuah kerusi hanya kepada rekaan cantik dan murah. Proses mereka bentuk Air Cool Chair ini juga di ambil secara terperinci kerana melibatkan kualiti dan ergonomik produk tersebut. Oleh itu, produk yang dibangunkan ini adalah bersesuaian dengan pengguna untuk menggunakannya dengan dapat merasakan keselesaan melalui sistem penyaman udara.