PRO807: AU-RO-NEED (AUTO-ROTARY NEEDLE REMOVAL)

DR ASYRAF BIN ABDUL RASHID PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH KOTA BHARU

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0313 | 1 Likes | 32 Views | 45 times | LS: 46.0
Like it? | Support them now!

Penggunaan jarum merupakan satu peralatan perubatan yang penting ketika melakukan rawatan pergigian seperti cabutan gigi. Penggunaan jarum memerlukan perhatian dan pengawalan yang tinggi bagi mengelak risiko berlakunya kecederaan. Berdasarkan fasiliti di bawah Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia telah merepotkan kecederaan tusukan jarum merupakan kecederaan terbanyak di antara kecederaan tajam yang lain. Tumpuan utama inovasi produk ini adalah menghasilkan alat yang dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan tusukan jarum serta menjimatkan masa, tenaga dan produktiviti operator. Masalah utama yag dihidapi oleh pekerja kesihatan disebabkan needle stick injury ialah berisiko tinggi medapat jangkitan seperti Hepatitis B dan HIV serta faktor masa dan bebanan kerja yang tinggi.Isu ini telah mencetuskan idea untuk kami menghasilkan produk ini dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan direplikasikan yang dinamakan sebagai AURONEED. AURONEED atau Auto Rotary Needle Removal sebuah inovasi penambahbaikan alat penanggal jarum secara automatic ke dalam sharp bin. Inovasi ini mesra pengguna serta menjimatkan masa serta dapat meningkatkan tahap keselamatan di kalangan angggota Kesihatan yang bertugas.