KVO990: ZOOMULASI

MUHAMMAD RAZIN FARIS BIN FOUZI IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0909 | 7 Likes | 77 Views | 143 times | LS: 150.6
Like it? | Support them now!

Zoomulasi merupakan gabungan daripada perkataan Zoo dan Simulasi. Ia merupakan satu inovasi digital yang membenarkan murid untuk mengembara di dalam zoo haiwan secara bebas sambil mengenali nama haiwan di dalam Bahasa Arab. Inovasi ini dibangunkan menggunakan aplikasi digital roblox yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan murid-murid dan berupaya untuk meningkatkan minat murid untuk mencuba permainan ini. Ia menepati dengan trend pembelajaran masa kini iaitu Pembelajaran Abad ke-21. Selain itu, ia menjadi elemen pembelajaran akses kendiri yang boleh digunakan oleh murid untuk belajar tanpa bersemuka dengan guru disamping mereka dapat belajar sambil bermain melalui elemen didik hibur yang diterapkan.