KVN743: Inovasi Jig Penjajaran Paip Untuk Meningkatkan Ketepatan Dan Kecekapan Proses Paku Kimpal Dalam Pendidikan TVET

MUHAMAD FADHIL BIN ZAINAL KPM-Guru KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Ketidaktepatan penjajaran paip dalam proses paku kimpal merupakan antara isu utama yang menjejaskan kualiti sambungan serta meningkatkan masa persediaan, khususnya dalam latihan kimpalan berasaskan TVET. Amalan penyelarasan secara manual bukan sahaja bergantung kepada kemahiran individu, malah berisiko menghasilkan ketidakkonsistenan dan kecacatan kimpalan. Sehubungan itu, projek ini bertujuan membangunkan satu inovasi jig penjajaran paip yang mampu meningkatkan ketepatan, kecekapan dan konsistensi kerja pelajar.Jig ini direka bentuk melalui proses analisis keperluan, pemilihan bahan dan fabrikasi sebelum diuji dari segi kefungsian terhadap pelbagai saiz paip. Hasil penilaian menunjukkan penggunaan jig ini berjaya mempercepatkan proses penyediaan, meningkatkan ketepatan penjajaran serta menghasilkan kualiti paku kimpal yang lebih seragam berbanding kaedah konvensional.Secara keseluruhannya, inovasi ini menawarkan penyelesaian praktikal dan kos efektif yang berpotensi meningkatkan kualiti latihan serta produktiviti dalam bengkel kimpalan, di samping mengurangkan kebergantungan kepada kemahiran manual semata-mata.

Kata Kunci: Penjajaran Paip, Paku Kimpal, Kecekapan Proses, Latihan Kimpal