PRO97: Kit Ukur Aras – Model BLi-Naik Turun

Siva A/l Rabindarang Kolej Vokasional Slim River

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0122 | 1 Likes | 82 Views | 232 times | LS: 233.0
Like it? | Support them now!

Kerja ukur aras bertujuan menentukan ketinggian sesuatu titik di permukaan muka bumi. Dilaksanakan dengan menggunakan alat aras, setaf dan borang pembukuan. Setiap kali pencerapan dilaksanakan, data pencerapan perlu terus dibukukan. Pelaksanaan kerja ukur aras meliputi; Pandangan Belakang - bacaan pertama yang diambil selepas alat aras dirisiapkan. Pandangan Hadapan - bacaan akhir yang diambil sebelum alat aras dipindahkan. Pandangan Antara - bacaan yang diambil antara pandangan belakang dan pandangan hadapan. Titik Pindah - titik kedua bacaan iaitu pandangan belakang dan pandangan hadapan diambil. Permasalahan yang kerap berlaku ialah membezakan Pandangan Belakang, Pandangan Hadapan, Pandangan Antara dan Titik Pindah serta keliru semasa melaksanakan pembukuan dalam borang pembukuan. Justeru, satu Kit Ukur Aras – Model BLi Naik Turun dihasilkan untuk membantu pelajar dalam pelaksanaan kerja ukur aras. Model ini telah ditambahbaik dengan elemen pembukuan dan memperoleh hak cipta daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo).