KVN1196: TONG SAMPAH GO GREEN

MUHAMMAD HAZIQ HAKIM BIN ZULHASNI KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 4 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

Perkembangan teknologi yang pesat telah meningkatkan permintaan terhadap penyelesaian yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia, khususnya dalam pengurusan sisa domestik. Masalah pengurusan sampah secara manual di kawasan tumpuan sering menyebabkan ketidakselesaan dan pendedahan kepada kuman, justeru memerlukan satu sistem yang lebih sistematik. Objektif utama projek ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah Tong Sampah GO GREEN yang mampu mengasingkan sampah jenis logam dan bukan logam serta memberikan ganjaran secara automatik bagi menarik minat masyarakat terhadap aktiviti kitar semula. Projek ini dilaksanakan melalui tiga peringkat utama iaitu fasa perancangan projek, pembinaan perkakasan menggunakan pengawal mikro Arduino, dan pembangunan perisian. Sistem ini mengintegrasikan sensor inframerah untuk pengesanan pengguna, sensor logam (Inductive Proximity Sensor) untuk pengasingan, dan modul suara DFPlayer Mini bagi maklum balas audio yang interaktif. Hasil pembangunan projek menunjukkan bahawa sistem ini berjaya berfungsi sepenuhnya di mana penderia dapat mengesan kehadiran pengguna, mengasingkan jenis sampah dengan ketepatan yang tinggi, dan mengeluarkan ganjaran melalui mekanisme servo. Kesimpulannya, projek Tong Sampah GO GREEN ini bukan sahaja memudahkan urusan pengurusan sampah harian, malah berpotensi menjadi alternatif yang praktikal dalam memupuk budaya kitar semula melalui integrasi teknologi automasi yang inovatif.