NUR FATIHAH BINTI MUSA KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
EZ Cutter bertujuan memudahkan pelajar sewaktu menjalankan amali dalam pemasangan litar elektronik. Projek ini berfungsi untuk memotong wayar yang bersaiz 1.0 diameter secara automatik dan tiada nilai had untuk panjang potongan wayar. EZ Cutter direkabentuk menggunakan pengawal mikro Arduino UNO dan keypad untuk memasukkan nilai panjang dan kuantiti wayar dalam centimeter (cm). Seterusnya nilai tersebut akan dipaparkan pada Liquid Crystal Display (LCD) dan stepper driver mengawal stepper motor untuk mengeluarkan panjang dan kuantiti wayar. Akhir sekali, servo motor akan menggerakkan cutter untuk memotong wayar. Projek ini dapat mengelakkan risiko kecederaan dan menjimatkan masa pelajar semasa pemotongan wayar secara manual.