NURUL IFTINAN ADELIA BINTI MOHD SABRI SK PADANG KALA
Kajian projek inovasi yang dilakukan oleh kami yang bertajuk ‘Versatility Ball Bounce Tools’. Terdapat beberapa permasalahan berkaitan tercetusnya idea penghasilan projek inovasi ini. Permasalahan pertama adalah ketika sesi pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani, guru terpaksa melakukan balingan berulang kali. Sekiranya bilangan pelajar di dalam kelas seramai 25 orang, guru terpaksa membuat balingan bola sebanyak tiga kali untuk seorang pelajar. Gambaran itu hanya diberikan untuk satu kelas. Bagaimana pula jika lima kelas dalam masa sehari? Kedua, alat ini dicipta untuk mengelakkan berlakunya balingan yang tidak seragam dan tidak tepat. Hal ini akan menyukarkan guru membuat penilaian terhadap pelajar. Bahan yang digunakan untuk mencipta alat ini adalah bahan yang terbuang kerana dapat menjimatkan kos. Besi dijadikan kerangka bagi mengukuhkan binaannya. Roda dipasang untuk mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu, papan plywood berbentuk segiempat digunakan untuk menutup bahagian motor yang berfungsi untuk menolak bola keluar. Seterusnya, bateri kereta digunakan untuk mengalirkan arus elektrik ke motor. Suis dipasang supaya motor boleh dimatikan apabila tidak digunakan untuk menjimatkan elektrik. Fungsi saluran paip pula untuk memastikan bola melantun ke arah yang betul. Cara penggunaan alat ini adalah, wayar suis perlu disambungkan ke bateri kereta yang terletak di bawah motor. Kedua, suis perlu dipasang untuk menghidupkan motor. Ketiga, masukkan bola ke dalam saluran paip di sebelah atas supaya bola akan keluar melalui saluran paip yang terletak di hadapan. Sekiranya menggunakan bola yang lebih besar, masukkan bola ke dalam saluran paip yang lebih besar. Bola bersaiz kecil digunakan untuk model alat inovasi ini. Kesimpulannya, ciptaan alat inovasi ini dapat memudahkan Pendidikan Jasmani semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga jurulatih sukan permainan seperti tenis, sepak takwar serta bola tampar turut dimudahkan. Alat ini juga mudah digunakan oleh