KVO536: AUTOMATIC WIRE CUTTER AND STRIPPER MACHINE

NUR SABRINA BINTI DIN KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 18 Views | 100 times | LS: 100.0
Like it? | Support them now!

Projek ini digunakan dengan menggunakan pengaturcaraan kawalan logik arduino. Mesin pemotong dan penjalur wayar automatik adalah satu jenis penggunaan mesin yang selamat. Mesin pemotong dan penjalur wayar automatik boleh di pakai di bengkel atau tempat kerja yang menggunakan wayar. Mesin pemotong dan penjalur wayar automatik ialah peranti yang digunakan untuk memotong dan menjalur wayar elektrik dan elektronik secara automatik. Menjalur wayar adalah proses menanggalkan penebat PVC pada wayar. Mesin ini dapat mengurangkan tenaga penggunaan semasa proses memotong wayar dan juga dapat memotong kabel dengan ukuran dan saiz yang lebih tepat dan efisien. Mesin pemotong dan penjalur wayar automatik ialah peralatan industri yang digunakan untuk memotong dan menanggalkan lapisan luar kabel secara automatik. Pernyataan masalah yang timbul adalah dari kecederaan pengguna semasa memotong wayar ,mengambil masa yang lama untuk memotong untuk kuantiti yang banyak dan pemotongan wayar yang tidak sekata. Oleh itu, bagi mengurangkan masalah tersebut, mesin pemotong ini dibangunkan.Terdapat beberapa objektif kajian yang telah dibuat bagi memastikan pengguna dapat mengendalikan sistem ini dengan mudah. Mesin pemotong dan penjalur wayar automatik menawarkan beberapa kelebihan berbanding kaedah manual, memberikan peningkatan kecekapan, ketepatan dan keselamatan. Merujuk kepada projek terdahulu seperti mesin pemotong kertas automatik, pembasmi tisu automatik, mesin pemotong rumput automatik, mesin penarik automatik telah memberi kami idea untuk membangunkan projek mesin pemotong wayar untuk memudahkan proses pemotong dan menjalur wayar. Dengan gabungan beberapa fungsi mudah , mesin pemotong dan penjalur wayar automatik dapat beroperasi selama berjam-jam, menyumbang kepada penurunan kadar dan masa pengeluaran. Berdasarkan beberapa bacaan dan kajian yang kami lakukan, kami mendapati bahawa pemotong wayar yang kami ingin inovasikan amat sesuai dan berpatutan pada masa kini. Masalah-masa