NURUL AISYAH BINTI MOHD SYAH SK SERI KETEREH
IBOMATH merupakan satu inovasi prasekolah yang interaktif dan efektif yang dicipta untuk menarik minat murid prasekolah yang berusia empat hingga enam tahun. iBOMATH merupakan satu inovasi yang interaktif, bercirikan konsep visual dinamik yang menggabungkan kepelbagaian pendekatan dan kaedah dalam pengajaran. iBOMATH dicipta untuk membantu meningkatkan penguasaan 4M murid prasekolah berfokuskan kemahiran membaca,menulis,mengira dan menaakul. iBOMATH dicipta bertujuan untuk menjadikan pembelajaran di dalam kelas menarik dan menyeronokkan. Inovasi iBOMATH ini dicipta sejajar dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Hasil dari refleksi penggunaan iBOMATH di dalam kelas telah mendorong guru untuk melaksanakan kaedah pengajaran berpusatkan murid yang lebih kreatif, inovatif, menyeronokkan dan bermakna.