HANA NASUHA BINTI MUHAMMAD FAIZAL SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
Inovasi Game Board SMG merupakan satu pendekatan pembelajaran berasaskan permainan yang menggabungkan tiga mata pelajaran teras Tingkatan 3 iaitu Sains, Matematik dan Geografi. Fokus utama permainan ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik Mineral dalam mata pelajaran Sains, dengan mengaitkannya secara interaktif dengan konsep Matematik seperti pengiraan peratus kandungan dan peta taburan mineral dalam Geografi. Melalui pendekatan gamifikasi ini, pelajar bukan sahaja dapat mengukuhkan pengetahuan merentas subjek, malah turut membina kemahiran berfikir aras tinggi, membuat keputusan dan berkolaborasi dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.