YS680: MY HEART YALIN_HA 1.0

AUNI AZYATY BINTI ZAIDI SMKA SULTAN AZLAN SHAH

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.5000 | 1 Likes | 2 Views | 10 times | LS: 11.5
Like it? | Support them now!

MY HEART YALIN_HA 1.0 : Penggunaan imej jantung  yang  disediakan di  dalam buku  teks untuk  sesi  pengajaran sukar difahami oleh pelajar. Kemampuan imaginasi pelajar adalah terhad dan sukar bagi  mereka untuk  membayangkan  bagaimana struktur dalam jantung berfungsi dan peredaran darah dalam jantung berlaku. Masalah ini perlu diatasi dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Di dalam subtopik ini, struktur jantung manusia dianggap topik yang sukar kerana pelajar  terpaksa  mengingat struktur dan peredaran darah dalam jantung. Oleh  itu, tindakan menghasilkan inovasi pembelajaran yang bertajuk INOVASI MY HEART YALIN_HA 1.0 yang merangkumi subtopik 3.2 Sistem Peredaran Darah, buku teks Sains Tingkatan 3, Bab 3 adalah bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subtopik ini dan menjadikan sesi PdP lebih ceria dan aktif. INOVASI MY HEART YALIN_HA 1.0 merupakan penciptaan permainan yang mempunyai dua versi iaitu versi maujud dan digital. Dengan adanya inovasi ini, ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih menyeronokkan tanpa mengalami stres kerana tidak faham. Idea untuk menghasilkan inovasi ini tercetus berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas berkaitan sistem peredaran darah dalam jantung. Rata-rata pelajar tidak dapat memberi respon apabila disoal. Dengan adanya video pembelajaran serta penjelasan yang hebat, permainan video secara digital dan maujud yang mantap, pelajar akan mudah untuk berimaginasi dan memahami sistem peredaran darah. Selain itu, pelajar juga boleh mempelajarinya dengan kendiri kerana video pembelajaran boleh diulang berulang kali sehingga faham dan permainan video boleh diakses pada bila-bila masa sahaja bagi menyukat tahap kefahaman.