NUR ALIYANA SHUHADA BINTI ZAMZURI KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN
Mesin punaran litar tercetak elektronik ini dibangunkan bertujuan menjimatkan masa, menjimatkan tenaga kerja manusia dan juga mengurangkan risiko kecederaan semasa melalukan proses punaran litar.Merujuk kepada kaedah manual, para pengguna mengalami kesukaran untuk membuat proses punaran dan juga berisiko tinggi untuk terkena asid. Hal ini kerana, kurangnya tahap keselamatan terhadap para pengguna apabila menggunakan kaedah manual iaitu goncangan tangan. Seterusnya, kaedah manual secara goncangan ini juga menggunakan tenaga kerja manusia yang tinggi dan ianya juga boleh mengambil masa yang lama untuk menanggalkan kumprum pada papan litar tercetak elektronik. Dengan adanya mesin punaran litar tercetak elektronik ini, ianya dapat membantu mengatasi dan mengurangkan permasalahan yang wujud terhadap proses punaran secara manual. Mesin punaran litar tercetak elektronik ini adalah mesin yang berfungsi untuk menanggalkan tembaga yang ada pada papan litar tercetak elektornik dengan lebih mudah. Mesin ini terdiri daripada buzzer yang berfungsi mengeluarkan bunyi yang berperanan untuk memberi isyarat pada proses mula dan tamat pada mesin. Seterusnya, paparan Liquid Crystal Display (LCD) yang berfungsi memaparkan kiraan masa serta proses mula dan tamat pada mesin. Selain itu, Push Button ON/OFF bagi menghidupkan mesin dan Push Button untuk memulakan sistem punaran. Cara penggunaan yang senang dapat memudahkan para pengguna dan ianya juga menjimatkan tenaga kerja manusia. Selain itu, penggunaan mesin ini adalah selamat bagi pengguna untuk digunakan kerana risiko berlakunya kemalangan adalah rendah berbanding proses punaran secara manual iaitu kaedah goncangan. Mesin ini menggunakan kaedah getaran pada bawah bekas bagi mengurangkan risiko terkenanya asid pada pengguna. Produk ini dapat berfungsi dengan baik setelah dilakukan beberapa ujian kefungsian pada produk dan boleh dipasarkan untuk kegunaan pihak tertentu.