KVO495: KELULUT IOT

Ts MOHD ZULAFFANDI BIN ABDULLAH INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PEKAN

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 37 Views | 118 times | LS: 118.0
Like it? | Support them now!

Madu lebah kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut, sejenis lebah kelulut bersaiz kecil. Warna madu kelulut biasanya lebih jernih dan cair berbanding dengan madu lebah dan mempunyai rasa masam-masam manis. Madu kelulut lebih mahal jika dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang terdapat di pasaran. Oleh kerana permintaan yang tinggi di pasaran menyebabkan penternak kerugian disebabkan kelulut meninggalkan log kerana masalah suhu dan kelembapan. Selain itu penternak juga mempunyai masalah kecurian log kelulut dan serangan binatang liar. Kebiasaannya hive kelulut tersebut dicuri pada waktu malam atau semasa ketiadaan penternak di kawasan pertenakan kelulut. Bagi mengelak kejadian seperti ini satu alat inovasi dicipta bagi mengawal, mencegah dan memonitor berlakunya kecurian atau kerosakan pada log kelulut tersebut. Alat inovasi tersebut dinamakan Kelulut IOT (KIOT). Sekiranya log kelulut tersebut dicuri, alat inovasi ini berfungsi akan menghantar isyarat kepada penternak bahawa log tersebut dicuri menggunakan aplikasi telegram dan mengaktifkan sistem keselamatan. Dalam masa yang sama juga kamera akan mengambil foto tersebut dan menghantar kepada penternak melalui aplikasi ICSEE. KIOT juga boleh monitor suhu dan kelembapan di ladang kelulut menggunakan laman web dan aplikasi android KIOT. Hasil dapatan daripada sistem ini didapati kepuasan penternak meningkat sehingga 90 peratus. Perbandingan yang dilakukan di Ladang kelulut IKBN Pekan didapati kawasan yang tidak menggunakan KIOT dirosakkan oleh beruk sebanyak 10 unit log manakala kawasan yang menggunakan KIOT hanya 1 unit log terbalik sahaja dan tidak dapat dirosakkan oleh beruk tersebut kerana sistem KIOT aktif. Oleh yang demikian diharapkan terciptanya alat ini akan dapat mengelakkan kerugian kepada penternak dan meningkatkan nilai tambah kepada industri penternakan kelulut di negara ini.