NAREMON SUWANNARAT A/P PECET SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK
Dalam mempelajari sesuatu topik Pendidikan Moral, setiap murid perlu mencari kaedah yang paling mudah untuk mengingat sesuatu topik yang diajarkan oleh guru. Kaedah pembelajaran TEN-Q board ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mengingat fakta moral melalui visual dengan betul. Oleh itu, kaedah TEN-Q board yang merangkumi pembelajaran murid secara visual telah dihasilkan. Tajuk Berterima Kasih Kepada Jiran merupakan satu tajuk dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Moral murid tahun 4. Dalam topik ini murid menghadapi masalah untuk mengingat fakta moral dan tidak dapat menceritakan semula apa yang telah dipelajari. Apabila menggunakan TEN-Q board ini murid dapat belajar dengan lebih menarik dan mengingati fakta moral berdasarkan visual yang telah ditunjukkan di dalam papan tersebut. Di samping itu murid akan mempelajari setiap topik dengan lebih seronok kerana terdapat pembelajaran secara permainan berdasarkan topik tertentu. Kaedah ini dilakukan melalui aktiviti pembelajaran di dalam kelas Pendidikan Moral dengan menggunakan JTEN-Q board secara individu atau berkumpulan..Adalah diharapkan inovasi ini dapat memberi pengetahuan baharu kepada setiap murid khasnya kepada para murid yang lemah dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dengan menjadikan visual-visual tertentu dalam kaedah untuk mengingat fakta moral dengan mudah dan cepat.