RASVIIN A/L NAGENDRAN KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG
Sistem Kawalan Pintar untuk stor peralatan bengkel merupakan sebuah sistem yang direka bagi mengelakkan pergerakkan pelajar ke dalam stor tanpa pengawasan guru. Kedua, mengelakkan kehilangan peralatan/komponen. Sekaligus, ia dapat menjimatkan tenaga elektrik dan masa. Sistem ini menggunakan Ardunio Uno R3, RFID dan sensor gerakkan. Kad RFID ini hanya digunakan oleh pensyarah sahaja. Kad RFID akan disentuh pada Ardunio Uno untuk membuka pintu stor. Apabila pensyarah masuk ke stor, sensor gerakkan PIR-Passive Infrared digunakan untuk mengenalpasti pergerakkan manusia dan lampu akan bernyala selama 9 saat. Setelah mengambil peralatan, pensyarah dihendaki keluar daripada stor menggunakan Kad RFID tersebut. Berdasarkan analisis dan keputusan yang dijalankan, sistem dapat menyelesaikan masalah tersebut