KVO496: PENGEMBARAAN AI-SIMBA

MUHAMMAD AFIQ IFWAT BIN YACOB KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

Projek inovasi Pengembaraan AI-SIMBA adalah projek inovasi berkaitan dengan bahan bantu belajar bahasa Melayu yang dihasilkan dengan melalui aplikasi Canva serta penjanaan gambar-gambar daripada aplikasi Articial Intelligence (AI). Hal ini bertujuan untuk memperkasakan pembelajaran secara interaktif iaitu penggunaan teknologi digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) seiring Pendidikan Abad Ke-21sekali gus bertepatan dengan program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang bermatlamatkan untuk melahirkan murid yang fasih digital . AI-SIMBA bermaksud gambar-gambar simpulan bahasa telah dijana melalui aplikasi AI dan pembelajarannya telah direka dengan menggunakan kaedah penceritaan serta pengembaraan yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja menggunakan link dan kod QR yang diberi. AI-SIMBA ini juga mempuyai kuiz dan ujian bagi menguji pengetahuan pelajar-pelajar. Untuk itu, para pelajar turut dipupuk pengetahuan dalam penggunaan teknologi .