ZULKARNAIN BIN MOHD ZAWAWI KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU
Projek “Sistem Amaran Kebocoran Gas Berasaskan ESP32 dengan Notifikasi Masa Nyata untuk Dapur Rumah” bertujuan membangunkan sistem keselamatan dapur yang mudah diselenggara, tahan lama dan mampu beroperasi semasa gangguan bekalan elektrik. Sistem mi menggunakan ESP32 bersama sensor gas, buzzer, kipas dan notifikasi masa nyata bagi mengesan kebocoran gas serta memberi amaran awal kepada pengguna secara automatik. Ujian simulasi dijalankan melalui pembangunan prototaip di bengkel elektrik, meliputi ujian pengesanan kebocoran gas, pengeluaran gas menggunakan kipas ekzos dan penghantaran notifikasi Telegram. Keberkesanan sistem dinilai menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik kepada 20 responden, dengan analisis statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan system berfungsi dengan baik dan segi kefungsian, keselamatan, pemberitahuan amaran serta keupayaan beroperasi semasa blackout.