AZRI BIN BIN SAID KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Projek Escape OS ialah sebuah aplikasi permainan berkomputer yang dibangunkan menggunakan model ADDIE bagi memperkukuh pembelajaran topik Fungsi dan Jujukan dalam kursus Matematik Diskrit. Aplikasi ini merangkumi 10 tahap cabaran dan 50 set soalan interaktif berteraskan gamifikasi pendidikan. Soal selidik ke atas 60 pelajar mendapati 92% menunjukkan peningkatan pemahaman, manakala 89% berpuas hati dengan elemen permainan dan antara muka mesra pengguna. Hasil ini membuktikan Escape OS sebagai inovasi digital berimpak tinggi yang mampu merangsang minat, penglibatan aktif, dan motivasi pelajar secara berkesan dalam bilik darjah.