NUR SARAH BINTI MD RASYIDI SK BATU BERENDAM
Inovasi SVA (Smart Video Awareness) dibangunkan sebagai medium kesedaran awal kepada murid sekolah rendah tentang bahaya bahan terlarang seperti dadah, arak, rokok, vape, inhalan dan HIV (DARVIH). Inovasi ini menggunakan pendekatan interaktif melalui lima video animasi berdurasi kurang satu minit yang dihasilkan menggunakan aplikasi Canva. Setiap video menyampaikan mesej pencegahan secara ringkas, kreatif dan sesuai dengan tahap umur murid. Kesemua video dihimpunkan dalam satu pautan dan diakses melalui kod QR bagi memudahkan penyebaran kepada murid, guru dan masyarakat. Maklum balas awal menunjukkan penerimaan yang positif serta potensi tinggi dalam meningkatkan kesedaran murid. Inovasi ini juga menjimatkan kos dan berpotensi dikembangkan pada peringkat yang lebih luas.