MOHAMMAD HAZMI ZAKWAN BIN MOHAMMAD ZAIDI Kolej Vokasional Klang
Projek ini bertujuan untuk membangunkan alat mengukur diameter dan panjang besi tetulang. Alat ini direka khas untuk membantu pelajar mengenal pasti jenis besi dengan lebih mudah dan cepat. Alat ini menggunakan ciri-ciri fizikal besi seperti diameter dan bentuk besi tetulang untuk membezakan jenis-jenis besi tetulang yang biasa digunakan dalam industri. Dengan adanya alat ini, pelajar dapat melakukan amali dengan lebih yakin dan memperoleh kefahaman yang lebih mendalam tentang besi tetulang. Secara tidak langsung, alat ini mampu menjadi penyelesaian praktikal yang efektif disamping kosnya yang rendah dan mesra pengguna. Isu yang dikenal pasti dalam kalangan pelajar pembinaan ialah kesukaran untuk mengenal pasti jenis dan saiz besi tetulang secara tepat semasa latihan amali. Kaedah manual seperti pemerhatian visual dan penggunaan vernier caliper sering kali tidak efisien kerana memerlukan masa yang lama dan mudah berlakunya kesilapan. Oleh itu, tercetusnya idea untuk mereka bentuk projek templat saiz tetulang. Dengan adanya alat ini, pelajar dapat melakukan latihan praktikal dengan lebih yakin.