KVN367: GEO FLOWER COFFEE TABLE

ZAIRUL AQMAL BIN MOHAMAD KHAIR TVETMARA REMBAU

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.2353 | 4 Likes | 17 Views | 12 times | LS: 16.9
Like it? | Support them now!

 

GEO FLOWER COFFEE TABLE

Ts. Shuhaidi Bin Mohamad, Fazilah Binti Hamid, Ezwan Ekmal Bin Khalid,

Razman Bin Ishak, Zairul Aqmal Bin Mohamad Khair,

Akmal Zuhairy Bin Sufari, Dhaifina Izni Binti Mohamad Noor, Nur Khairuna Binti Mohd Rosdi

 

TVETMARA Rembau

 

 

Abstrak

 

Perabot meja kopi "Geo Flower" merupakan inovasi dalam reka bentuk perabot yang menggabungkan epoxy resin dengan kayu dan besi terbuang. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan perabot yang estetik dan berfungsi dengan memanfaatkan bahan-bahan yang lestari. Latar belakang kajian ini adalah keperluan untuk penyelesaian perabot dari segi pengurangan sisa dan memberi nilai tambah kepada bahan-bahan terbuang. Selain itu, tujuan penghasilan produk inovasi ini adalah untuk mencipta meja kopi yang tidak hanya menarik tetapi juga menyokong prinsip kelestarian serta pengurangan kos dari segi bahan yang digunakan. Kaedah yang diguna untuk pembuatan meja kopi ini termasuk pengumpulan bahan terbuang, pemprosesan epoxy resin, dan teknik pembinaan yang kreatif. Impak dari projek ini termasuk peningkatan kesedaran tentang penggunaan bahan kitar semula dan pengurangan sisa. Kesimpulannya, meja kopi Geo Flower ini menunjukkan bagaimana bahan terbuang boleh diubah menjadi perabot berkualiti dengan reka bentuk kreatif. Ia mencerminkan pendekatan inovatif dalam rekaan perabot mampan yang menggabungkan estetik dan kesedaran alam sekitar.

 

Kata Kunci: Meja kopi, Lestari, Kitar semula