JI1005: K.E.R.T.A.S

KU MUHAMMAD IHTISYAM BIN KU AHMAD MUNAUWIR SK SERI KETEREH

Pendidikan STEM mengintegrasikan elemen-elemen sains,teknologi,kejuruteraan dan matematik dalam satu proses pembelajaran yang berorientasikan projek.Integrasi keempat-empat disiplin ini menjadikan STEM amat menarik dan bermakna untuk murid prasekolah.Projek K.E.R.T.A.S ini merupakan satu projek pembelajaran yang menyeronokkan,berbentuk hands-on dan memberi pengalaman terus untuk merangsang murid prasekolah bertanya,berfikir,menyelesaikan masalah dan mereka cipta.Projek K.E.R.T.A.S ini merupakan satu pembelajaran bermakna untuk murid Prasekolah Bestari (2) SK. Seri Ketereh menghasilkan kertas menggunakan sisa pengasah pensel.Penghasilan kertas ini dapat digunakan di dalam kelas untuk menulis,melukis,mewarna dan membuat kraf.