YIN792: SMART FLOOD ALERT

NUR SOFIA NATASHA BINTI ABDULLAH SMK MAT KILAU

Smart Flood Alert ialah inovasi sistem amaran banjir awal yang direka untuk membantu masyarakat mengetahui peningkatan paras air dengan lebih cepat dan berkesan. Sistem ini menggunakan sensor paras air yang dapat mengesan perubahan ketinggian air di kawasan berisiko banjir seperti longkang, sungai kecil atau kawasan rendah. Apabila paras air meningkat melebihi tahap yang ditetapkan, sistem akan mengaktifkan lampu amaran dan bunyi buzzer sebagai tanda bahaya. Reka bentuk alat ini ringkas, mudah dipasang dan menggunakan kos yang rendah. Smart Flood Alert membantu memberi amaran awal kepada penduduk supaya dapat mengambil tindakan segera bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda serta meningkatkan keselamatan komuniti setempat.