AMEERA SYAJAAH BINTI SAIDI KOLEJ VOKASIONAL BESUT
Keropok lekor merupakan sejenis makanan ringan yang berasal daripada negeri pantai timur terutamanya Terengganu dan Kelantan.Bahan utama dalam penghasilan keropok lekor adalah protein yang berasaskan ikan dan juga campuran tepung berasaskan kanji. Walaupun isi ikan memberikan rasa yang sedap pada keropok, namun tidak semua boleh mengambil atau menggemari protein ikan dalam diet harian mereka. Sesetangah individu tidak boleh mengambil protein ikan dalam diet harian mereka kerana mengalami masalah kesihatan seperti alegi kepada protein tersebut. Manakala terdapat juga sesetengah individu tidak mengambil ikan dalam diet harian kerana tidak mengemari ikan kerana tulang yang terdapat pada ikan. Menghasilkan keropok lekor tanpa menggunakan ikan adalah satu solusi bagi pemasalah tersebut. Cendawan mempunyai rasa seakan daging dan banyak digunakan dalam menghasilkan makanan vegetarian bagi menghasilkan produk makanan yang seakan protein haiwan. Cendawan tiram merupakan salah satu tanaman cendawan yang banyak ditanam di Malaysia. Menggunakan cendawan tiram bagi menggantikan protein ikan adalah solusi kepada masalah yang dihadapi.