KVO988: PENGHASILAN SABUN GINGER HERB BERASASKAN REMPAH RATUS UNTUK MENGATASI MASALAH RESDUNG DALAM KALANGAN PELAJAR KVTM

NOR SYAZWANI BT MARZUKI KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 24 Views | 94 times | LS: 94.0
Like it? | Support them now!

Produk yang dihasilkan adalah berasaskan halia sebagai bahan utama. Kajian ini juga dapat membuktikan kepada warga Kolej Vokasional Tanah Merah bahawa produk yang pengkaji hasilkan baik untuk kesihatan dengan jaminan dan kualiti yang tinggi. Produk yang pengkaji hasilkan ini dibuat bagi mengatasi masalah kulit muka untuk individu yang mempunyai masalah resdung . Bagi produk yang telah pengkaji laksanakan, pengkaji menyasarkan produk ini untuk semua jenis kulit, terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah resdung , gatal dan jerawat . Produk ini selamat digunakan kerana produk yang pengkaji hasilkan menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Selain itu, produk yang dicipta adalah untuk mengurangkan kos yang akan dikeluarkan untuk membeli produk yang dipasarkan diluar sana. Pengkaji telah melaksanakan beberapa testimoni untuk mendapatkan tekstur dan keberkesanan hasil akhir produk mengikut ciri-ciri objektif yang ditetapkan. Pengkaji juga membuat penambahan dalam produk untuk melembabkan lagi kulit muka serta bahan aktif. produk ini diterima baik oleh warga Kolej Vokasional Tanah Merah dengan hasil pemberian borang maklum balas yang diberikan kepada responden kerana mempunyai banyak kandungan khasiat tersendiri.