YI7: IRIS

MUHAMMAD SYAMIL OIZUMI LUBIS BIN MOHAMMAD HAIZAL SMK SETAPAK INDAH

I3DC24 | Young Innovator (Online)

CR: 0.1042 | 5 Likes | 48 Views | 167 times | LS: 172.5
Like it? | Support them now!

Keperluan mobiliti adalah sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Ia membolehkan seseorang bukan sahaja mendapatkan akses kepada keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan perubatan, tetapi kehendak hidup lain. Hak mobiliti bukanlah eksklusif untuk golongan yang lengkap upaya sahaja, sebaliknya milik semua, termasuk golongan orang kurang upaya (OKU). Sehingga 2022, Menurut Berita Harian rekod mengesahkan lebih 580 ribu ndividu OKU berdaftar secara rasmi. Jumlah mungkin bertambah mengambil kira mereka tidak berdaftar, bahkan mungkin cabaran keupayaan mobiliti terhad menyebabkan mereka tidak mendaftarkan diri. Realitinya, komuniti OKU berdepan bebanan keterbatasan ketika ingin bergerak ke mana-mana. Mereka mempunyai masalah penglihatan khususnya, sememangnya mempunyai kesukaran bergerak. Mereka memerlukan bantuan seperti tongkat putih bahkan ada memerlukan bantuan pembantu peribadi untuk ke mana-mana. Melalui penciptaan IRIS, keperluan mobiliti golongan OKU bukan sahaja akan menjadi mudah, namun ia akan menjadi satu peneman bagi golongan istimewa ini.