MOHD SABRI BIN MOHD NOR ADTEC JTM KAMPUS KEMAMAN
Water in brake fluid detector adalah prototaip yang boleh mengesan kandungan air dalam bendalir brek dan dapat memberi amaran awal bahaya kepada pemandu untuk segera menukar bendalir brek yang baru. Inovasi ini terdiri daripada bahagian iaitu input signal ,control module dan output signal. Brake fluid sensor yang dipasang pada reservoir master cylinder akan mengesan kandungan air didalam bendalir brek dan menghantar input signal ke control modul.Apabila kuantiti air dikesan mencapai tahap 3 % ,control module akan mengeluarkan output signal kepada LED ,buzzer dan LCD screen .LED akan menyala,buzzer akan berbunyi dan LCD screen akan memaparkan maklumat “Sila Tukar Bendalir Brek Dengan Segera”.Untuk mengelak ketidak selesaan pemandu dengan amaran tersebut, sistem telah diprogramkan untuk mengaktifkan bunyi selama 30 saat, ,tetapi lampu amaran dari LED dan LCD screen kekal aktif sehinggalah pemandu menukar bendalir brek yang baru.Dengan inovasi ini , ia dapat menyelesaikan masalah kegagalan brek akibat kualiti bendalir brek yang mengandungi air.