YIN1364: BETUL ATAU SALAH ZAKAT

NURIN ALIYAH BINTI AGUS ISWANTO SM SAINS MUAR

Inovasi yang dihasilkan ini merujuk kepada buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Tiga, bidang fiqah iaitu mengenai Zakat Penyuci Harta. Berdasarkan murid-murid di sekolah kami, kebanyakan murid mengalami masalah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Murid-murid ini tidak memberi tumpuan dalam kelas kerana topik atau cara pembelajaran yang tidak menarik. Oleh itu, inovasi ini dicipta khas bagi menarik minat dalam topik pembelajaran. Inovasi yang dicipta ialah permainan ‘Atau Zakat’ iaitu gabungan kad permainan. Dengan kaedah ini murid akan lebih tertarik untuk lebih mengenali tentang zakat. Murid akan dapat belajar berinteraksi dengan murid yang lain bagi mempunyai masalah sosial yang jarang berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain. Dalam masa yang sama, murid akan dapat menghafal dengan baik tanpa rasa tertekan dengan yang apa dipelajari. Dengan inovasi ini juga, murid akan dapat menambah ilmu pengetahuan serta dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan bagus.