SARINA BINTI ISHAK POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Structure Analysis adalah topik yang terdapat di dalam kursus DJJ30093 Engineering Mechanics. Berdasarkan PNP yang dijalankan, persamaan momen telah pun didedahkan kepada pelajar semasa di semester satu, namun masih terdapat pelajar yang kurang mahir dalam penggunaanya. Hasil kajian yang disertai di Conference of TVET Research and Innovation in Ligistics and Social Sciences yang bertajuk Kajian Tahap Penguasaan Pelajar dalam Menentukan Pusingan Daya dan Jarak Serenjang dalam Persamaan Momen bagi Kursus DJJ30093-Engineering Mechanics mendapati bahawa hanya 9% pelajar bersetuju dapat menentukan dengan mudah pusingan momen yang dibuat, manakala hanya 15% lagi bersetuju mereka dapat menentukan jarak serenjang dengan betul. Peratusan yang sedikit ini menunjukkan masih ramai yang tidak memahami persamaan momen dengan betul. Hasil kajian ini juga menunjukkan 91% pelajar bersetuju bagi diwujudkan satu Kit Pembelajaran bagi membantu mereka untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana daya dan jarak diambil untuk penyelesaian masalah yang diberi. Pembangunan dan penggunaan Moment Kit adalah untuk kegunaan pelajar semester tiga dalam kursus DJJ30093 Engineering Mechanics. Kit ini bertujuan membantu pelajar membuat pusingan daya dengan betul dan secara tidak langsung pelajar dapat menentukan daya tersebut berada dalam keadaan positif atau negatif. Selain menentukan pusingan daya, kit ini juga membantu pelajar menentukan jarak serenjang yang perlu diambil. Moment Kit telah digunapakai semasa sesi PNP, namun dari masa ke masa penambahbaikan perlu dilakukan supaya Moment Kit dapat menunjukkan lebih banyak lagi contoh pusingan daya dan jarak serenjang yang perlu difahami oleh pelajar.