MOHAMMAD HAKIIM BIN NASERUDDIN SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGOH
Sikap dan tingkahlaku 8 orang murid tahun 6 Bitara semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran jawi menunjukkan mereka tidak begitu berminat dan memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran dalam kelas. Punca masalah utama ialah kerana mereka tidak mahir membaca perkataan jawi khususnya perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Maka fokus kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan menghasilkan inovasi kaedah belajar sambil bermain bagi membantu murid yang lemah membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup jawi. Ujian awal di lakukan dan menunjukkan 8 orang murid tersebut gagal dalam ujian bacaan perkataan jawi yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Setelah menghasilkan inovasi SkorBoard-Jawi, maka di dapati 8 orang murid tersebut menunjukkan peningkatan dalam ujian pos membaca perkataan jawi suku kata terbuka dan tertutup di antara 10% hingga 20% markah ujian. Oleh yang demikian, dapat di rumuskan, kemahiran murid dalam membaca perkataan jawi yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup telah dapat ditingkatkan setelah menggunakan kaedah inovasi SkorBoad-Jawi. Kajian ini juga untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan Pdpc bahkan dapat mengatasi masalah pembelajaran murid serta menggilap kreativiti dan inovasi guru.