JI864: MOON PHASE

AFRINA DAHIYAH BINTI SYAFRONY SK BANDAR TENGGARA 1

Menentukan fasa bulan bukanlah satu kemahiran yang mudah, lebih-lebih lagi bila ia hampir sama dan ada yang lama dan ada yang baru. hal ini menjadikan murid keliru dan sukar untuk memastikan mana satu fasa bulan yang mengikut turutan dengan betul. Murid terkeliru dengan susunan fasa bulan kerana mereka tidak dapat memahami bagaimanakah faktor cahaya matahari itu menerangi bulan dan bulan memantulkan cahaya ke Bumi. Perlunya ada satu bahan maujud yang dapat menunjukkan dengan jelas bagaimana fasa bulan itu dapat dilihat dengan betul pada tarikh yang betul, tanpa sebarang kekeliruan. Maka, penghasilan Mooon Phase ini memudahkan malah memberikan gambaran tepat tentang kefahaman murid terhadap perubahan fasa bulan dengan lebih berkesan.