KVO780: SISTEM ROTI MANIS EB

NURYUMNI AUNI BINTI SUKIMEN Kolej Vokasional Shah Alam

Sistem Tempahan Roti Manis merupakan sistem tempahan berpangkalan data bagi menggantikan kaedah tradisional. Penggunaan aplikasi WhatsApp tanpa berpangkalan data menyebabkan pertindihan tempahan roti sehingga menyebabkan rekod tempahan hilang. Tujuan utama adalah membangunkan sistem tempahan yang dapat menguruskan tempahan secara atas talian. Proses tempahan dapat dilaksanakan tanpa had masa. Berdasarkan analisis soal selidik pra pembangunan, ramai pengguna bersetuju pada pembangunan Sistem Roti Manis EB. Model yang digunakan ialah metodologi Agile, bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah HTML, PHP, JavaScript dan MySQL bagi membangunkan sistem ini. Pada fasa pengujian pula, seramai 30 orang pengguna akan mengakses Sistem Tempahan Roti Manis bagi tujuan pengujian. Jangkaan hasil terhadap sistem ialah peniaga menerima rekod tempahan roti dengan teratur tanpa sebarang kehilangan rekod tempahan roti. Manakala pengguna pula, dapat membuat tempahan roti serta meninggalkan review pada ruang komen.