KVN998: PEMBANGUNAN SISTEM KEHADIRAN PELAJAR DIPLOMA ELEKTRIK KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU BERTERASKAN PENGESAHAN CAP JARI MENGGUNAKAN ESP32

NURUL AIDA SUHAILA BT ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU

Sistem kehadiran kelas merupakan elemen penting dalam pengurusan akademik bagi memastikan rekod kehadiran pelajar direkodkan dengan tepat dan sistematik. Namun, kaedah konvensional seperti penggunaan buku kehadiran dan kad matrik masih terdedah kepada masalah penipuan, kesilapan manusia serta pembaziran masa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem kehadiran kelas menggunakan pengesahan cap jari berasaskan mikropengawal ESP32 bagi memudahkan proses merekod kehadiran. Sistem ini direka bentuk supaya mesra pengguna serta mudah diakses oleh pensyarah dan pelajar. Teknologi biometrik digunakan untuk mengesahkan identiti pelajar secara unik dan tepat sebelum kehadiran direkodkan secara automatik ke dalam pangkalan data. Selain itu, kajian ini turut melibatkan ujian kebolehfungsian bagi menilai prestasi, ketepatan dan kebolehgunaan sistem yang telah dibangunkan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa sistem kehadiran kelas berasaskan ESP32 ini berfungsi dengan baik, responsif dan mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kehadiran. Kesimpulannya, sistem ini berpotensi untuk diaplikasikan dalam persekitaran institusi pendidikan sebagai penyelesaian kehadiran yang lebih mudah, selamat dan berkesan.