NURUL ARYANIE JASMINE BINTI HARMIZ SMK GEMEREH
LS Tote Bag (Light and safe tote bag) adalah beg buatan kami yang digunakan untuk membawa barangan. Produk ini berkos efektif dan merupakan inovasi dalam penghasilan beg tote. Produk ini juga meningkatkan kualiti penggunaan produk serta dapat menyelesaikan masalah setempat berkaitan plastik kalis air. Produk kami ini dapat mengelakkan kehilangan barang dan memuatkan barangan dengan kuantiti yang banyak. Selain itu, produk ini mampu menyelesaikan masalah pencarian barang dalam keadaan gelap serta membantu mengelakkan beg atau barang di dalamnya basah. Pernyataan masalahnya ialah beg tote pada masa kini tidak mempunyai ruang penyimpanan yang banyak, ramai yang kehilangan barang apabila meninggalkan beg mereka seketika, tidak dapat mencari barang dalam keadaan gelap dan beg basah apabila terkena air hujan serta memberi kesan terhadap barang di dalamnya. Noveltinya ialah mesra alam, mudah dan jimat, lebih selamat serta tahan lasak. Ketahanannya tinggi, kecerahannya sangat cerah, kekalisan air pula kalis air, bilangan ruang penyimpanan yang lebih banyak dan bilangan LED lebih banyak. Perbandingan dengan produk lain ialah produk ini mempunyai LED dan mempunyai plastik kalis air. Kebaikannya ialah selamat digunakan, mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Peluang pemasaran adalah dipasarkan sebagai produk mesra alam, menguntungkan kerana bahan asasnya mudah didapati, keuntungan dijangka seawal suku tahun pertama dan menarik perhatian pelajar sekolah. Boleh digunakan di sekolah atau pejabat. Kumpulan sasaran adalah pelajar sekolah dan kakitangan pejabat. Kaedah penghasilan bermula dengan jahitan bawah beg dibuka. Kemudian beg diterbalik dan dilekatkan dengan LED. Zip dijahit pada bawah beg, tali beg dipotong dan dijadikan satu tali yang panjang lalu dijahit bersama plastik kalis air di bahagian atas tepi beg. Seterusnya, bahagian penutup beg dibuat menggunakan kain felt, satu ruang penyimpanan plastik kalis air.