KVN1071: VOICE COMMAND SMART HOME

MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN HALIM KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan membangunkan dan menguji sistem Voice Command Smart Home menggunakan Siri dan Google Assistant bagi memudahkan kawalan peralatan elektrik secara automatik. Sistem ini mengintegrasikan arahan suara melalui sambungan Internet untuk mengawal peranti seperti lampu dan soket elektrik. Kaedah kajian melibatkan pembangunan perkakasan dan perisian serta ujian fungsi untuk menilai kebolehoperasian sistem. Analisis dibuat berdasarkan tindak balas sistem terhadap arahan pengguna. Hasil kajian menunjukkan sistem berfungsi dengan baik, mudah digunakan dan meningkatkan keselesaan harian. Kesimpulannya, sistem ini berpotensi untuk diperluaskan dan ditambah baik dari segi keselamatan, kestabilan rangkaian serta penambahan fungsi.