KVO605: Learning Retails In A Fun Way

DURRAH BINTI MUHAMAD IMRAN Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0690 | 2 Likes | 29 Views | 105 times | LS: 107.1
Like it? | Support them now!

Inovasi “Learning Retails in a Fun Way”. Projek inovasi ini tertumpu kepada aktiviti bermain sambil belajar untuk mewujudkan minat dan keseronokan dalam mengenali bidang peruncitan secara amnya. Kurangnya pendedahan dan bahan pembelajaran berkaitan peruncitan telah mencetuskan idea penghasilan inovasi serta melihat kurangnya sambutan sebagai bidang pilihan untuk menyambung pengajian di Insitusi Pendidikan. Objektif inovasi ini ialah memperkenalkan bidang peruncitan dengan mendedahkan aktiviti asas peruncitan (purchasing, payment, receive and reject, return and disposal, product categories dan retails department). Inovasi ini juga untuk menarik minat kanak-kanak serta remaja terhadap bidang peruncitan seawal yang mungkin. Soal selidik diedarkan kepada 50 orang responden yang menggunakan inovasi ini dan data yang diterima dianalisa menggunakan kaedah statistik deskriptif menerusi kiraan kekerapan dan skor min. Hasil dapatan mendapati responden menunjukkan minat terhadap inovasi dan mula tertarik dengan bidang peruncitan serta boleh memahami asas peruncitan menerusi aktiviti-aktiviti dalam inovasi ini. Inovasi ini berpontensi dilestari dan disebarluaskan untuk digunakan dan dipasarkan di sekolah dan koperasi sekolah, kedai buku dan pusat permainan kanak-kanak. Inovasi ini diharapkan dapat memberi pendedahan berkaitan bidang peruncitan dengan cara yang menyeronokan dan menarik disamping membantu ibu bapa serta tenaga pengajar mendapatkan bahan pembelajaran yang sesuai khusus dalam bidang peruncitan.