Azra Hamizah Binti Azman Kolej Vokasional Klang
Kajian ini bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar yang mengalami kesukaran ketika kelas teori dijalankan. Bagi mengatasi masalah yang menjimatkan masa dan bahan. Idea ini tercetus daripada hasil kefahaman pelajar di Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang. Pengkaji telah menghasilkan projek dengan menghasilkan prototaip “Kit Bata”. Seterusnya, pengkaji juga telah menjalankan soal selidik melalui google form bagi mengumpulkan data serta maklumbalas. Dapatan kajian tersebut didapati responden memberikan maklumbalas yang positif. Dengan hasil dapatan kajian ini objektif yang dinyatakan telah dicapai. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang itu sendiri. Antaranya, 1 SVM WTP, 2 SVM WTP, 1 DVM DCA dan 2 DVM DCA. Dapatan hasil kajian ini juga responden berpendapat bahawa projek kit bata ini pengkaji boleh ditambahbaik dalam pelbagai aspek.