YIN935: SMART ATTENDANT SYSTEM

DEVERNESAN A/L SANDESVARAN SMK TAMAN RIA JAYA

 Datang lewat di sekolah merupakan isu disiplin yang biasa berlaku di sekolah, sama ada rendah dan menengah. Ia dianggap melanggar disiplin kerana mengganggu pengurusan sekolah terutamanya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur dan garis panduan bertujuan untuk membanteras isu kedatangan lewat, meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, memupuk budaya sekolah yang berdisiplin, menyemai penghargaan masa dalam diri pelajar, dan memastikan pematuhan peraturan.  SMART ATTENDANT SYSTEM merekodkan murid yang  yang kerap lewat . Data ini akan memudahkan pengurusan unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling untuk tindakan selanjutnya. SMART ATTENDANT SYSTEM dibangunkan untuk digunakan oleh Lembaga Pengawas Sekolah SMKTRJ supaya urusan perekodan data ini lebih cepat. mudah dan sistematik.