HIZZAH INSYIRA BINTI MOHD NOR SMK TENGKU MUHAMMAD ISMAIL
Sabun buatan sendiri yang berasaskan aloe vera dan bayam Brazil merupakan produk penjagaan kulit semula jadi yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan kecantikan. Aloe vera terkenal dengan sifat pelembap, menenangkan, serta kaya dengan antioksidan dan sebatian anti-radang yang membantu merawat kulit sensitif dan iritasi. Sementara itu, bayam Brazil (Alternanthera sissoo) mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin A, C, dan E yang berperanan dalam regenerasi sel kulit, mengekalkan kelembapan, serta memberikan kesan antioksidan.Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan formulasi sabun semula jadi berasaskan aloe vera dan bayam Brazil serta menilai manfaatnya terhadap kesihatan kulit. Kaedah pembuatan sabun menggunakan teknik cold process dengan bahan utama seperti minyak tumbuhan, vitamin E, ekstrak aloe vera, dan bayam Brazil.Oleh itu, sabun buatan sendiri daripada aloe vera dan bayam Brazil berpotensi menjadi alternatif produk penjagaan kulit semula jadi yang mesra alam serta bebas daripada bahan kimia berbahaya. Kajian lanjut diperlukan untuk menilai kestabilan produk dan kesan jangka panjangnya terhadap kulit.