PRO337: PU-SH L

ROSLAILI YUHANIS BINTI RAMLI KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 39 Views | 158 times | LS: 158.0
Like it? | Support them now!

Fokus kajian adalah membantu pelajar menerangkan proses hibridisasi bagi atom tengah untuk satu-satu molekul yang diberi. Intervensi yang diperkenalkan adalah aplikasi PU-SH L. Aplikasi ini berfungsi untuk membantu pelajar menentukan bilangan elektron tunggal dan berpasangan bagi atom tengah dalam keadaan asas, teruja dan hibrid serta mengingatkan pelajar untuk menyemak jika atom tersebut mempunyai cas formal. Ia diperkenalkan kepada 16 orang pelajar S2K2T2. Kuiz pra dan pasca menunjukkan peningkatan pelajar yang berjaya melukis rajah orbital bagi keadaan asas, teruja dan hibrid (94 %, 81 % dan 81%). Pelajar dan pensyarah matrikulasi, pusat asasi serta tingkatan enam mengakui keberkesanan dan menyokong perluasan aplikasi ini.