KVO1088: MENGENALPASTI KEBOLEHPASARAN PRODUK ILARIA AROMATHERAPY OIL BAGI PENDUDUK SEKITAR DAERAH BACHOK DAN KOTA BHARU

NUR DAMIA DALILA BINTI CHE MOHAMAD FAZLI KOLEJ VOKASIONAL BACHOK

Peluang perniagaan wujud apabila terdapat ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang boleh memenuhi permintaan dan cita rasa pelanggan.. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan kebolehpasaran produk Ilaria Aromatherapy Oil, yang melibatkan 30 orang responden berumur antara 15 hingga 60 tahun sekitar daerah Bachok dan Kota Bharu. Perbincangan berfokus kepada jenis pemasaran yang sesuai untuk memasarkan produk ini. Selain itu untuk mengenalpasti permintaan pasaran berdasarkan harga dan kualiti produk. Kesemua konstruk ini diukur dengan menggunakan skala likert lima mata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa produk ini dapat memenuhi kehendak pelanggan, berpotensi untuk dipasarkan secara lebih meluas kerana ianya tidak mempunyai kesan sampingan. Selain itu, tekstur produk ini ringan dan wangi serta mudah dibawa kemana-mana. Hasil daripada dapatan kajian ini akan memberi manfaat kepada penambahbaikkan bagi memasarkan produk ini kepada pengguna.