ESKANDAR AQASYA BIN MOHAMAD SYAHEZAT SK DANAU KOTA (2)
“Rotate Technique” atau Teknik Putaran adalah keadah mudah yang boleh diimplikasikan dalam pencarian nilai anu membabitkan penolakan pecahan. Seramai 10 peserta kajian telah dikenal pasti melalui persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan di mana tiga objektifnya untuk mengkaji kesan penggunaan Teknik Putaran dalam mengurangkan kesilapan murid menyelesaikan soalan mencari nilai anu bagi penolakan pecahan, membantu murid memahami konsep penolakan pecahan dan mampu menghasilkan jawapan yang tepat serta yang terakhir mengkaji peningkatan prestasi murid-murid dalam menyelesaikan nilai anu bagi soalan penolakan pecahan dengan menggunakan Teknik Putaran. Kesemua data yang diperoleh dikumpulkan melalui pemerhatian, temubual separa berstruktur, ujian pra dan ujian pasca dalam menilai tahap pencapaian peserta kajian. Sebanyak 4 kali intervensi dijalankan sebelum ujian pasca diberikan kepada peserta kajian. Hasil analisis data mendapati terdapat peningkatan yang memberansangkan selepas peserta kajian menggunakan teknik putaran. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan teknik putaran sangat berkesan dalam membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam mencari nilai anu bagi penolakan pecahan.