KVO1167: PORTABLE DISCUTTER SMART TABLE

Ts. NOR SOLEHAH BINTI MOHD JASAT KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 12 Views | 68 times | LS: 68.0
Like it? | Support them now!

Rekabentuk Portable Discutter Smart table merupakan inovasi daripada rekabentuk yang sedia ada dengan panambahbaikkan yang ditambah. Projek ini mengfokuskan proses-proses mereka bentuk Portable Discutter Smart Table. Objektif utama mereka bentuk meja yang boleh dilipat dengan mudah dan boleh digunakan dalam bengkel-bengkel kerja yang melibatkan kerja-kerja pemotongan. Faktor ergonomik dan keselamatan pengguna diambil kira dalam penghasilan projek ini Selain itu juga beberapa faktor penting juga diambil kira seperti bentuk, fungsi, mudahalih, dan kos. Bahan untuk membuat produk ini mudah didapati kerana menggunakan besi segi empat tepat yang berongga dan aluminium. Oleh itu proses penyambungan yang sesuai untuk meja mudahalih ini adalah proses kimpalan dan juga untuk menyambungkan aluminium pada rangka meja menggunakan kaedah penyambungan menggunakan rivet dan juga mengimpal. Projek ini juga memerlukan analisis bagi memastikan kekuatan produk dan memastikan keselamatan pengguna dipenuhi sebetulnya. Etika dan standard prosedur pengoperasian dipamerkan bagi membantu pengguna mengendalikan dengan baik Dimana ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dari rekabentuk sebelum ini. Pembikinan projek ini dihasilkan menggunakan proses pemotongan bahan, mengimpal, menebuk lubang, rivet, penyambungan dan proses pengemasan. Dengan pembangunan projek ini dapat memudahkan kerja-kerja pemotongan dengan ukuran yang tepat dapat dihasilkan. Dengan adanya projek ini dapat membantu pengguna dalam melakukan pemotongan secara tepat dan keselamatan pengguna lebih terjamin. Selain itu juga ia dapat dipindahkan dengan mudah dari satu tempat ke satu tempat yang lain serta peralatan kecil lain dapat disimpan dalam ruang penyimpanan yang direka untuk mengalakkan kehilangan alatan tersebut. Diharapkan dengan terhasilnya projek ini akan membantu pengguna yang menggunakan melaksanakan tugas dengan lebih baik dan selamat. Kata kunci : Meja, selamat, pengguna, mudahalih