Muhammad Airil Adam Bin Che Awang MRSM KUALA BERANG
Mengambil kira pelajar yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran, kami membangunkan aplikasi web interaktif yang bukan sahaja membantu pelajar dengan gaya pembelajaran berbeza, malah membantu guru mengatasi masalah sumber terhad kepada material artifak dengan memberikan akses yang lebih luas kepada maklumat sejarah. Time Trek menggunakan bantuan visual seperti peta dan elemen multimedia untuk membantu pelajar memahami dan mengingati peristiwa sejarah dengan lebih baik. Ia mudah dicapai untuk membantu guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di mana-mana sahaja. Time Trek mengandungi kandungan pembelajaran, penerangan di dalam bentuk imej dan video, contoh soalan dan aktiviti tambahan serta ruang forum untuk pelajar dan guru berkolaborasi secara atas talian. Time Trek bukan sahaja menyokong pembelajaran secara dalam talian, malah boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas. Ia selari dengan tema pendidikan lestari di mana ia tidak memerlukan cetakan sekaligus menjimatkan kertas dan mengurangkan penggunaan jejak karbon.