SITI FAZRIN ADLYANA BINTI MOHD ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK
Antara isu yang sering dihadapi ialah pendidik perlu membeli bahan bantu mengajar yang banyak untuk mengajar berkaitan dengan konsep matematik dan tiada ruang yang fleksibel untuk menyimpan bahan bantu mengajar. Kami memperkenalkan produk inovasi yang kami hasilkan iaitu Food Box In Early Math. Box ini merangkumi beberapa konsep matematik seperti perbandingan, pengelasan, ketekalan, seriasi dan pola. Matematik boleh didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang. Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Daripada Surprise Gift Box tercetusnya idea untuk menginovasikan produk kami dengan menyatukan pelbagai bahan bantu mengajar dan aktiviti di dalam satu kotak. Di dalam kotak ini terdapat beberapa aktiviti antaranya ialah aktiviti Sandwich Lazat, Yummy’s Bread, Buahan dan Sayuran, Jom Buat Pizza dan Stacking Donut. Setiap aktiviti memperolehi konsep matematik yang tersendiri seperti Jom Buat Pizza menggunakan konsep ketekalan, Sandwich Lazat menggunakan konsep pola, aktiviti Buahan dan Sayuran menggunakan konsep pengelasan, aktiviti Stacking Donut menggunakan konsep seriasi dan aktiviti Yummy’s Bread menggunakan konsep perbandingan. Dengan penghasilan produk ini dapat memudahkan pengguna sama ada pendidik ataupun ibu bapa untuk menyimpan bahan bantu mengajar secara tersusun dan kemas. Ianya juga dapat memberi kelebihan dimana dapat mempelajari pelbagai konsep matematik dalam satu masa. Tujuan Food Box In Early Math ini dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan matematik awal khususnya konsep matematik yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.