KVO675: CCTV IOT

AMIRUL SHAHMIE BIN ISMAIL KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 16 Views | 55 times | LS: 55.0
Like it? | Support them now!

CCTV IOT ini bertujuan untuk mencipta dan melaksanakan sistem kawalan keselamatan kawasan ternakan dengan menggunakan modul CAM ESP32 sebagai peranti utama. Projek ini menggunakan teknologi tanpa wayar bagi menyampaikan maklumat serta pemberitahuan kepada pengguna melalui aplikasi Telegram. Antara masalah yang dihadapi oleh penternak adalah di tempat kawasan penternakan masih belum mempunyai sistem kawalan keselamatan untuk memantau keadaan haiwan ternakan. Seterusnya, kesukaran penternak untuk menjaga setiap haiwan ternakan sepanjang masa serta memantau keadaan sekeliling, dengan adanya ini yang mampu membantu menggunakan prinsip IoT. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan dan membina sistem yang berkesan bagi memantau keselamatan dalam persekitaran ternakan. Dapatan daripada projek ini. ramai bersetuju yang rekabentuk projek ini sesuai untuk digunakan dikawasan ternakan. Projek ini menjurus kepada pembangunan teknologi keselamatan yang lebih baik dan cekap dalam konteks kawasan ternakan, meningkatkan pemantauan keselamatan dan memudahkan pihak yang berminat dalam menguruskan kawasan ternakan.