MUHAMMAD IQBAL HAKIM BIN MOHD ANUAR KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH
Biosekuriti dan pengurusan kesihatan ternakan merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan dalam rangka mencapai tujuan peningkatan produksi ternakan dan status kesihatan ternakan. Sasaran akhir setiap usaha penternakan adalah untuk mencapai keuntungan yang maksimum dimana ianya hanya akan dicapai apabila semua ternakan berada dalam keadaan sihat dan mampu berproduksi dengan optimum. Biosekuriti bermaksud langkah yang diambil bagi mencegah kemasukan penyakit ke dalam ladang serta mengawal penyakit daripada merebak di antara kawasan di dalam ladang. Penggunaan pintu masuk yang berkunci, serta pemasangan tanda peringatan dan prosedur keselamatan, dapat membantu memastikan bahawa hanya orang yang memiliki kebenaran sahaja dibenarkan memasuki kawasan ladang. Selain itu, komponen lain yang patut diterapkan dalam biosekuriti ladang ternakan juga termasuklah penggunaan shower room dimana ianya berfungsi untuk menyingkirkan kuman atau bakteria yang terdapat pada pakaian atau badan pekerja/pelawat melalui semburan bahan disinfektan. Penggunaan bahan disinfektan dan pemantauan yang ketat terhadap kebersihan pekerja dan pengunjung adalah penting dalam membantu mencegah penyebaran penyakit. Portable Shower Security (PS2) ini direka sebagai alternatif menggantikan shower room kerana ketiadaan shower room di Unit Agroindustri Ternakan Poltri, Kolej Vokasional Pasir Puteh.