WAN HUSNA AFRINA WAN ROSKHEMAI SJKC LURAH BILUT
Isu kemahiran membaca hukum tajwid yang mengandungi Hukum Nun Sakinah dalam kalangan murid Tahun Tiga merupakan isu yang perlu ditangani. Hal ini menyebabkan mereka terkeliru untuk membaca kalimah yang sepatutnya didengung ataupun tidak didengung apabila bertemu huruf NUN pada bacaan kalimah. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam membaca kalimah yang mengandungi Hukum Nun Sakinah dengan menggunakan bahan bantu Tajwid Spin dalam kalangan murid Tahun Tiga. Kajian ini melibatkan dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang dipilih secara persampelan bertujuan. Instrument yang digunakan untuk mengumpul data adalah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang terdiri daripada Ujian Sebelum dan Ujian Selepas Tindakan, Ujian Lisan, Temubual dan Pemerhatian. Seterusnya, data di analisis secara analisis kandungan, analisis deskriptif dan tematik serta di semak menggunakan triangulasi kaedah. Dapatan kajian menunjukkan semua peserta kajian dapat mengenal pasti serta membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid dengan betul sekaligus meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai bacaan Tajwid. Peserta kajian juga dilihat seronok dan bersemangat semasa menyertai kajian ini. Melalui pelaksanaan kajian tindakan, pengkaji telah memperoleh pelbagai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru di samping menilai semula amalan pengajaran bagi membuat penambahbaikan terhadap amalan praktis pengkaji. Selain itu, pengkaji menyedari bahawa inovasi dalam pendidikan amat penting untuk diaplikasikan oleh guru sebagai suatu anjakan paradigma dari sudut penyampaian pengajaraan dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas.